Ling Tian Soon

Ling Tian Soon (Bahasa Cina: 林添顺) atau dikenali sebagai Ah Soon ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Cina dari Persatuan Cina Malaysia (MCA). Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Yong Peng selepas menang dalam pilihan raya negeri pada 2022. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong pada 2020. Dalam organisasi parti, Tian Soon merupakan Ketua Pemuda MCA Negeri Johor, Ketua MCA Bahagian Ayer Hitam dan Setiausaha Organisasi MCA Pusat.

Ling Tian Soon

Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Chew Peck Choo
Kerakyatan Malaysia
Ketua Pemuda Chong Sin Woon
Nicole Wong Siaw Ting
Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor
Parti politik Barisan Nasional
Persatuan Cina Malaysia
Majoriti 2,741
Timbalan Presiden Wee Ka Siong
Mah Hang Soon
Sultan Sultan Ibrahim
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi
Presiden Liow Tiong Lai
Wee Ka Siong
Setiausaha Agung Ong Ka Chuan
Chew Mei Fun
Chong Sin Woon
Pengerusi Negeri Wee Ka Siong
Kediaman Johor Bahru, Johor, Malaysia
Timbalan Pengerusi Negeri Tee Siew Kiong
Lim Pay Hen